Majlis Kesyukuran: PERGIM & MEASIS

Kaherah, 4 Ogos- "Apa yang penting?"........... "KERJASAMA!". Itulah slogan yang digunakan dalam Majlis Kesyukuran antara ahli-ahli PERGIM dan ahli-ahli MEASIS. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi PERGIM iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin dan Pengerusi MEASIS iaitu saudara Mohamad Hafiz Bin Hj Shamsuri. Mereka telah bergotong-royong bermula pada awal pagi dengan memasak dan majlis kesyukuran telah bermula pada pukul 3 ptg. Dalam majlis tersebut, mereka telah sama-sama membaca doa kesyukuran bersempena dengan keputusan peperiksaan yang telah keluar dan juga sempena "perasmian" rumah baru yang diduduki oleh ahli PERGIM. Selepas itu, mereka telah menikmati hidangan yang telah dimasak bersama dengan pelbagai ragam. Maklum lah orang bujang memasak... hehe... Selepas majlis tamat, mereka telah sama-sama bekerjasama mengemas semua barang dan perkakas yang telah digunakan kembali ke tempat asal. Semoga aktiviti sebegini dapat merapatkan jalinan ukhwah diantara satu sama lain.



Tengah makan pun sempat nak posing lagi ye


Khusyuk nya diorang ni makan


Semangat ukhuwah 


Semangat mahabbah

0 Komen: