MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERGIM

Kaherah, 14 Nov 2010 - Mesyuarat Agung Tahunan PERGIM yang pertama telah diadakan di Markaz AQM, Hayyu Asyir. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh pelajar-pelajar pergigian AQM (pre-dental & 1st year). Dalam mesyuarat tersebut, pimpinan PERGIM sesi 2009/2010 dibawah pimpinan saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin telah dibubarkan. Pimpinan PERGIM bagi sesi 2010/2011 telah dilantik dengan diketuai oleh saudara Aiman Mahzuz Bin Abdullah Thaidi. TAHNIAH kepada semua pimpinan PERGIM 2009/2010 yang telah menjalankan tugas masing-masing dengan sangat berhemah. SELAMAT BERJUANG kepada semua pimpinan PERGIM 2010/2011.

Aiman Mahzuz Bin Abdullah Thaidi
PENGERUSI PERGIM 2010/2011

USRAH PERGIM

Kaherah, 7 Okt 2010- Usrah PERGIM (lelaki pre-dental) telah diadakan di rumah ahli lelaki PERGIM. Aktiviti tersebut yang telah dihadiri oleh saudara Muhammad Iqbal Arifin (Pengerusi PERGIM merangkap YDP ABIM Mesir), saudara Mohd Faiz Yusof (Ketua SISWA AQ merangkap TYDP ABIM Mesir), saudara Ibrahim Abu Bakar (AJK SISWA AQ merangkap Exco Sukan ABIM Mesir) dan semua ahli baru PERGIM (lelaki pre-dental) lelaki berjalan dengan lancar. Semoga aktiviti dapat dijalankan pada masa yang akan datang.





RIADAH FUTSAL PERGIM


Kaherah, 25 Sept 2010- RIADAH FUTSAL PERGIM telah diadakan di Markaz Syabab, Hayyu Sadis. Aktiviti tersebut yang telah dihadiri oleh semua ahli baru PERGIM lelaki berjalan dengan semangat berpasukan dan ukhuwwah. Semoga aktiviti dapat dijalankan pada masa yang akan datang


.