PENGERUSI PERGIM bersama PRESIDEN PERUBATAN

Kaherah- Satu pertemuan telah diadakan di Asrama Malaysia (ARMA) Abbasiah diantara Pengerusi PERGIM iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin dan Presiden PERUBATAN iaitu saudara Muhammad Husaini Salleh. Banyak perkara yang telah dibincangkan dan topik utama adalah berkaitan permasalahan yang berlaku di Kuliyah Pergigian Al-Azhar. Memandangkan sesi 2009/2010 adalah batch pertama bagi pelajar Malaysia di kuliyah tersebut, maka tidak mustahil banyak masalah yang berlaku dan musykilah yang timbul. Dalam pertemuan tersebut, masing- masing telah berkongsi idea dan pandangan berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Semoga pertemuan ini dapat merapatkan lagi ukhwah dan kerjasama kedua belah pihak. InsyaALLAH...

Saudara Muhd Iqbal (kiri) bersama Saudara Husaini (kanan)

0 Komen: