KURSUS ORIENTASI PELAJAR 2010

Bangi, 14 Ogos- KURSUS ORIENTASI PELAJAR 2010 telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi pada 14 hingga 21 Ogos 2010. Kursus anjuran Akademi Al-Qur'an Medic Malaysia (AQM), ILIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tersebut telah dihadiri seramai 300 orang bakal pelajar Perubatan, Pergigian dan Ulum Islamiyah ke Mesir. PERGIM juga tidak ketinggalan terlibat secara langsung dalam membantu menjayakan program tersebut. Semua bakal ahli baru PERGIM telah mengikuti taklimat jurusan pergigian bersama Prof Dr Aminah (Koordinator Fakulti Pergigian UiTM). Barisan kepimpinan PERGIM mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar Pergigian AQM yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar.

Para Pelajar Baru AQM  Jurusan Pergigian bersama Prof Dr Aminah

0 Komen: