::PERJUMPAAN SANTAI BERSAMA DEKAN FAKULTI PERGIGIAN AL-AZHAR (BANIN)::

Pengerusi PERGIM iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin telah mengadakan perjumpaan santai bersama Prof Dr Hafiz (Dekan Pergigian Al-Azhar), Prof Dr Abdullah (Timb Dekan Pergigian Al-Azhar) dan Prof Dr Akram (Koordinator Pelajar-Pelajar Pergigian Malaysia) pada 9 Mei 2010 di Fakulti Pergigian Al-Azhar (Banin), Kaherah. Tujuan utama perjumpaan tersebut adalah untuk mengeratkan silaturRahim dan perhubungan diantara wakil pelajar-pelajar Malaysia dengan pihak pentadbiran di Fakulti Pergigian. Dalam perjumpaan tersebut, turut diselitkan beberapa perbincangan mengenai beberapa perkara berbangkit seperti keputusan peperiksaan bagi subjek Aqidah, penguasaan para pelajar di dalam kelas agama, tarikh peperiksaan akhir tahun dan kehadiran ke kuliyah. Prof Dr Hafiz mengatakan bahawa beliau sangat berharap agar semua pelajar Malaysia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti kerana beliau beranggapan bahawa pelajar-pelajar Malaysia ialah para pelajar yang sangat kuwais (baik) dan mumtaz (cemerlang).






0 Komen: