::PERJUMPAAN BERSAMA Prof Dr Eatimad::

Pada 20 April 2010, Pengerusi PERGIM iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin telah mengadakan pertemuan bersama Prof Dr Eatimad (Dekan Pergigian Al-Azhar Banat) di Fakulti Pergigian Universiti Al-Azhar Banat, Kaherah. Pertemuan tersebut diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat diantara wakil para pelajar pergigian Al-Azhar Banin dengan Dr Eatimad. Beliau sangat gembira dengan kehadiran saudara Iqbal dan amat mengalukan kehadirannya di pejabat beliau. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua belah pihak telah saling saling tukar pandangan dan pendapat mengenai perjalanan program pergigian di Universiti Al-Azhar. Beliau juga telah membawa saudara Iqbal melawat sekitar kawasan fakulti tersebut. Menurut beliau, saudara Iqbal sangat prihatin terhadap perkembangan program pergigian yang sedang diikuti oleh para pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar. Beliau juga sangat berharap agar saudara Iqbal dapat meluangkan masa berjumpa dengan beliau dengan lebih kerap pada masa yang akan datang.

Prof Dr Eatimad(tengah)


senyum sokmo...

0 Komen: