SEMINAR KECEMERLANGAN PELAJAR 2010



Pada 7 Mac 2010 (Ahad), telah diadakan Seminar Kecemerlangan Pelajar 2010 anjuran ABIM Mesir dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan ditaja oleh Akademi Al-Quran Medik Malaysia (AQM) di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. Seminar tersebut dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program iaitu saudara Mohd faiz bin Mohd Yusop (Ketua Siswa AQ Kaherah) dan ucapan daripada Ust Lokman Yahya (Pegawai Hal Ehwal Pelajar AQM) Seterusnya, majlis diteruskan dengan majlis pembukaan oleh En. Shaiful Anuar(wakil Kedutaan). Kemudian, seminar bermula dengan slot bersama Tokoh Akademik Terkemuka Tanahair iaitu Prof. Dato' Dr Sidek Baba atau lebih mesra dipanggil "Cikgu Sidek". Beliau juga ialah bekas Timbalan Rektor UIAM. "Cabaran dan Persediaan Mahasiswa Dalam Menghadapi Perubahan Sejagat" adalah tajuk yang telah dibentangkan oleh beliau dalam seminar tersebut. 

Pengerusi PERGIM merangkap YDP ABIM Mesir iaitu saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin telah diberi penghormatan menyampaikan hadiah cenderahati kepada Cikgu Sidek. Pada slot seterusnya, seminar diteruskan dengan pembentangan daripada wakil ABIM Pusat iaitu Ust Hj Ab Razak Arifin (Ketua Biro Penataran ABIM Pusat & Timbalan YDP ABIM Johor), Ust Hj. Mohd Zawawi Mughni (YDP ABIM Selangor), dan Ustz Hjh. Hazlina Abd. Razak (Mantan Ketua HELWA ABIM Selangor). Majlis perasmian penutup telah dirasmikan oleh Dr Jamil Hashim (Pengarah JPMK). Beberapa orang ahli PERGIM juga tidak ketinggalan mengikuti seminar tersebut.

Ust Lokman menyampaikan cenderamta kepada En. Shaiful Anuar
Ammu Nazir senyum pasai apa tu?
Ramai nya peserta yang hadir
Prof Dato' Dr Sidek Baba menyampaikan ucaptama
Saudara Muhd Iqbal menyampaikan cenderamta kepada Prof Dato' Dr Sidek Baba

Prof Dato' Dr Sidek Baba sedang ditemu ramah oleh pelajar Indonesia


Peserta akhawat



Abdul Rahman(baju melayu hitam) yang asyik tersenyum sepanjang seminar berlangsung


Aktiviti yang dijalankan oleh peserta


Barisan jejaka pilihan


Barisan gadis yang ayu



Orang kuat disebalik tabir

0 Komen: