Futsal Piala Presiden 2010

Pada 2-4hb Mac yang lepas, para pelajar Dentist Azhar telah menyertai perlawanan Futsal Piala Presiden PMRAM yang berlangsung di stadium tertutup yang terletak di hadapan Universiti Al-Azhar. Seramai 40 pasukan telah bertanding, dengan 2 pasukan dari banin Dentist Azhar dan yang lain, rata-ratanya merupakan pasukan negeri.

Kejohanan pada kali itu buat julung kalinya turut disertai pasukan dari negara jiran, yakni Kemboja dan Singapura. Walaupun begitu, para urusetia amat mengalu-alukan penyertaan dari kami, yakni mewakili perubatan Azhar. +, masa ucapan perasmian, team dentist amat
terkejut bila nama mereka disebut-sebut dan mendapat sorakan yg Riuh daripada para hadirin. Mungkin ni kali pertama melihat para doktor gigi bermain futsal, entahlah...

Team Dentist Azhar terbahagi kepada 2 team, Dentist A dan Dentist B. Dentist A diketuai saudara Muhammad Wafiy bin Mohamad Basri, manakala Dentist B dikepalai oleh saudara Muhammad Naim bin Zulkifli. Setiap pasukan mempunyai 8 pemain, termasuk 2 pemain simpanan.

Sistem perlawanan adalah liga kumpulan dan sistem kalah-mati digunakan bagi pemilihan ke suku akhir dan seterusnya.


Perlawanan pertama team Dentist Azhar adalah Dentist A menentang Terengganu A yang berakhir dengan kedudukan seri, 1-1. Perlawanan yang seterusnya juga rata-ratanya seri bagi Dentist A dan Dentist B. Walaubagaimanapun, Dentist A berjaya menewaskan team Muuth B dengan 1-0 pada akhir perlawanan kumpulan; namun gagal melayakkan diri ke
peringkat seterusnya.

Tak apalah, mungkin tiada rezeki tahun ini, lagipun ini baru kali pertama Dentist Azhar beraksi di stadium. Pastinya Dentist Azhar akan bangkit memberikan saingan yang sengit para kejohanan seterusnya!! Insya Allah..


Di kesempatan ini juga, moderator ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada pihak penganjur kerana sudi meminjamkan jersi khas buat Dentist Azhar; Jazakallahu Khairan Kathiran.. Untuk makluman, team Dentist Azhar tidak sempat untuk membuat jersi sendiri kerana sedang sibuk dengan exam yang berlangsung sebelumnya.



0 Komen: