Camorang (Siri 2)

Camorang sudah berubah. masa aku peluk, Camorang menitiskan air mata.
kini, Camorang memang sudah jadi orang. Dafina pun tak mahu lagi kepada Camorang.
katanya, kurang 'comel'. tapi, rasanya Camorang dengan orang lebih kurang je dulu.

dua dua jalan dua kaki. Walau dikatakan Camorang berasal dari anjing.
hurm. owh ye, kecuali Camorang tak boleh berfikir.
haiwan, mana mampu hendak berfikir.
sekarang Camorang(orang) sudah pandai berfikir.
kritis, kreatif, kritikal, banyak idea.

sebagai seorang ahli politk, ingin sahaja aku melantik camorang menjadi penolong aku.
tapi, keadaan tak mengizinkan. Camorang lurus.
ada sekali Camorang membantah apa yang aku ingin lakukan.
aku pukul Camorang. Dafina terkedek datang membantah.
menangis melihat Camorang diperlakukan sedemikian rupa.
aku terpaksa mengeluarkan 500, untuk memujuknya.
nasiblah dia anak aku.

di ketika lain, Camorang berarak. membantah dasar yang kawan-kawan dan aku tetapkan.
ah, ini sudah lebih. aku pun, upah seorang askar sipahi.
bawa Camorang ke tepi kolam renang.
di situ, Camorang diletupkan, Camorang yang sudah berotak.
berkecai Camorang bahana C4. kecuali serpihan otaknya.
yang mana telah aku implankan ke dalam tubuh seekor anjing artifisial baharu peliharaan keluargaku.
saja. 

buat sedapkan hati Dafina.

-tamat-

0 Komen: