6 Soalan Imam Ghazali

Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMANYA beliau bertanya, "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?" lalu muridnya menjawab :
"Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah mati.
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. 
Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
Ali 'Imran:185

KEDUANYA beliau bertanya "Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?"
lalu muridnya menjawab :
"Negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah masa lalu. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. 
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dalam kebenaran dan saling menasihati dalam kesabaran."
Al-'Asr:1-3

KETIGANYA beliau bertanya tentang "Apakah yang paling besar di dunia ini?"
Lalu muridnya menjawab:
"Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah nafsu.

KEEMPAT beliau bertanya tentang "Apakah yang paling berat di dunia?"
lalu murudnya menjawab :
"Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah menanggung amanah. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA beliau menyoal tentang "Apakah yang paling ringan di dunia?"
lalu muridnya menjawab :
" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah meninggalkan sembahyang kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.


KEENAM beliau bertanya tentang "Apakah yang paling tajam di dunia?"
lalu muridnya menjawab :
"Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah lidah manusia di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.


Renung-renungkan, dan selamat beramal....
=)

0 Komen: