IFTAR JAMAIE 2010 (2)

Kaherah, 7 Sept 2010- Persatuan Kebajikan Siswa Akademi Al-Quran (SISWA AQ) telah menganjurkan iftar jamaie 2010 (2) di Markaz AQ, Hayyu Asyir. Majlis tersebut yang turut di hadiri oleh Hj Shirajuddin Sirat (Pendaftar AQM Malaysia) , Ust Syed Fuad (Pengurus HEP AQM Mesir), saudara Muhammad Iqbal Arifin (Pengerusi PERGIM) dan beberapa orang pelajar AQM bermula pada sebelah pagi dengan aktiviti membeli bahan dan gotong-royong memasak. Tepat masuknya waktu Maghrib, para hadirin berbuka dengan buah tamar dan air suam. Selepas solat Maghrib berjemaah, semua hadirin menikmati hidangan yang telah disediakan. Diharapkan, aktiviti seperti ini akan mendatangkan manfaat kepada kita semua.





0 Komen: