::Pengerusi PERGIM bersama SheikhuL AZHAR, bekas Duta Malaysia Mesir dan Pengerusi AQM::

Kaherah- Dato' Zainal Abidin (bekas Duta Malaysia Mesir) dan Prof Dr Razali Nawawi (Pengerusi AQM) diiringi oleh En. Mohd Khairudin (Pengurus Hal Ehwal Pelajar AQM) telah selamat tiba di Kaherah pada 11 Julai 2010 dalam rangka lawatan ke Mesir. Mereka telah disambut oleh Ust Lokman (Pengurus Pelajar AQM Mesir) dan saudara Muhammad Iqbal Arifin (Pengerusi PERGIM) di Cairo International Airport.

   Kedatangan mereka ke Mesir adalah untuk menyelesaikan semua permasalahan yang berlaku dalam proses penghantaran pelajar-pelajar Malaysia ke Mesir khusus dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.

   Mereka telah berjumpa Syeikh Al-Tayeb (Syeikhul AZHAR) di pejabat beliau. Banyak perkara yang telah disampaikan kepada beliau dan beliau akan segera mengambil tindakan agar proses penghantaran pelajar Malaysia ke Mesir akan berjalan dengan lancar.

   Pada hari yang sama juga, mereka telah pergi melawat ke Fakulti Pergigian Al-Azhar (Banin).

Saudara Iqbal bersama Dato' Zainal Abidin


Ust Lokman(kiri sekali), Prof Dr Razali(dua dari kiri)



En. Mohd Khairuddin Mohd Nor(dua dari kanan)




Sheikh Ahmad Al-Tayeb(dua dari kanan)



Sesi perbincangan



Santapan fizikal



Rehat sebentar bersama Shai Nak-Nak (Teh Pudina)



Prof Dr Hafiz (dua dari kiri) dan Prof Dr Akram(dua dari kanan)





0 Komen: