::DENTISTRY AL-AZHAR::

Malaysian Dental Program (MDP)
Bachelor in Dental Surgery mengambil mengambil masa selama 5 tahun. Pada tahun pertama atau Pre-Dental kami diletakkan dibawah Faculty of Science (FOS) tetapi segala urusan yang berkaitan jadual kuliah, dsbnya kami akan refer kepada MDP’s Coordinator of FOD. Hanya lab sessions yang akan berlangsung di bangunan FOS manakala untuk teori bertempat di FOD.

First year
Terbahagi kepada 2 semester. Semua mata pelajaran di ajar dalam BI termasuk Al-Quran. Tapi kadang-kadang ada jugak prof yang ter’speaking’ loghat arab mesir. Buku & nota diperoleh dari doctor dalam bentuk salinan fotostat atau asli (buku yg ditulis oleh prof sendiri).    
Subjek Semester 1 :
1.    Chemistry A (Organic Chem) + Lab 
2.    Physic A  + Lab 
3.    Botany A + Lab 
4.    Comp Sc A + Lab 
5.    Zoology (Physiology, Cytology, Biochemistry, Vertebrate, Invertebrate, Histology, Parasitology)
6.    Oral Dental Terminology 
7.    Quran (Juzuk Amma) 
8.    Bahasa Arab (Asas) 
Subjek Semester 2 :
1.    Chemistry B + Lab (Physical Chemistry & Inorganic Chemistry)
2.    Physic B + Lab
3.    Botany B + Lab (Genetic Material & Plant Physiology, Microbiology)
4.    Comp Sc + Lab (Programming) (Bawa Laptop)
5.    Faith & Ethics
6.    Fiqh
7.    English Language
8.    Bahasa Arab Tinggi (Bawa kamus Arab-Englis-Melayu)
Masa kuliah : Secara umum : 8am-3pm. 

Lecturer  
Superb! Professor yg sangat HEBAT! May Allah bless them.

Apa yang perlu tahu :
1.    Ada prof yang sensitive bila kita bercakap-cakap dalam kelas, makan, minum, senyum, datang lewat.
2.    Kalau nak record kuliah yg diajarkan, tolong minta izin dahulu. Ada yg izinkan & ada yang tak.
3.    Prof sangat suka membantu. Kalau tak faham, kita boleh request byk kali repeat sampai faham.
4.    Ada prof yg masih kuat ‘slanga’ English ala arab. Please alert. Minta repeat kalau tak faham.
5.    Ada prof yg baik hati. Sedekah duit, chocolate pd pelajar. Bagi hadiah yg dpt quiz higher marks.
6.    Kalau ada nota dari matrix, STPM, SPM dll dicadangkan bawa. Berguna utk rujukan.
7.    Ada prof yg gemar bg notes awal & kemudian kita kena baca terlebih dahulu.
8.    Penglibatan dalam kelas eg: active bertanya soalan – Big advantage prof akan kenal & beri markah lebih dalam exam.
9.    Lab coat boleh bawa siap-siap dari Malaysia. Di Mesir pun ada. Harganya lebih kurang 35LE (RM21).
10. Apparatus makmal untuk subject kimia kena beli sendiri. Ada dijual di university. Kesemua peralatan & bekas utk menyimpannya lebih kurang 50LE (RM30).
   
Exam
1.    Written, Oral, Lab, Quiz –Percentage for every types of exam depends on lecturer. Mungkin juga written. Boleh jadi juga oral.   
2.    Kuiz bergantung pada prof. Ada yg bila dah habis mengajar satu chapter akan buat kuiz.
3.    Past year paper sangat berguna utk rujukan. Kemungkinan soalan tersebut akan di repeat dalam exam yang akan dtg.
4.    Kehadiran juga one part of exam marks. JANGAN PONTENG KULIAH! Kehadiran akan dicatatkan.  
5.    Pengiraan markah exam di kira secara kumulatif. Markah semester 2 akan dicampurkan dengan markah dari semester 1.
6.    Untuk FOD Students, kalau 4 paper failed boleh repeat pada bulan Ogos/Sept. Tapi kalau 5 paper failed (include subject agama) SO, student tu nanti kena ulang tahun-Pre-Dental again.

1 Komen:

Unknown berkata...

masya-Allah.. Alhamdulillah saya dapat jugak cari blog yg mcm ni...

Thanks bagi info mcm ni.. Saya pon daripada AQM pengambilan 2010 ni n saya buat dentistry dekan al-azhar... Saya sebenarnya agak gementar...

Saya ni daripada SBPI tp malangnya saya x boleh sambung Form4 tu utk amik sains agama.. so saya sains tulen je..

Jadi, saya x belajar bahasa Arab, n subjek2 agama... bahasa arab tu pon bahasa arab komunikasi je waktu PMR...

Jadi saya agak gementar... Boleh ke saya buat ni..?

Ada nasihat?

terima kasih...