Malam Kerohanian PERGIM kali ke-4


MALAM KEROHANIAN PERGIM KALI KE-4
Pada 29 Februari 2010, PERGIM sekali lagi telah berjaya mengadakan malam kerohanian buat kali keempatnya. Program seperti biasa dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah bersama-sama. Setelah selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, program diteruskan dengan bacaan Al-ma’thurat diketuai oleh saudara Muhammad Fathul Ehsan bin Razali.
Selepas habis bacaan Al-ma’thurat, satu tazkirah ringkas telah diberikan oleh Pengerusi PERGIM, saudara Muhammad Iqbal bin Arifin (Abg Long). Beliau menceritakan sirah peperangan di zaman Rasulullah SAW dan sedikit sebanyak pengajaran dari kisah tersebut. Setelah tamatnya tazkirah ringkas tersebut, setiap pendengar diberikan peluang untuk bercakap sama ada ingin memberi pendapat mahupun memberi sedikit peringatan. Ini lah sedikit kelainan yang terdapat pada malam tersebut berbanding dengan malam-malam kerohanian yang lain.
Peluang tersebut telah diambil oleh beberapa pendengar untuk memberi sedikit lontaran dan pandangan tidak kurang juga ada yang menambah sedikit peringatan dan nasihat. Saudara Dhiyauddin Athir bin Nadzari mengambil masa tersebut untuk menceritakan kisah Imam Ghazali menasihati anak-anak muridnya berkenaan 6 perkara.
Terdapat juga seorang wakil dari pihak banat yang mengambil peluang ini untuk memberi sedikit peringatan berkenaan pergaulan bebas, Ikhtilat (zina hati) dan apakah batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan mengikut syara’. Setelah selesai sesi tersebut, para pendengar dihidangkan dengan sedikit makanan sebagai acara akhir program.

0 Komen: