Camorang 1

Hasil nukilan: Mohammad Amirul bin Hamudin, MPR
(Diterbitkan di http://pergim-aqm.blogspot.com dengan izin)


Camorang. Binatang ini sangat jinak dan mudah mendengar cakap.
kata penjualnya, binatang ini sama spesies dengan anjing.
tetapi terdapat satu ciri spesifik yang membezakannya, iaitu,
camorang berdiri dan berjalan dengan dua kaki. Ya, macam orang.

Anak kami Dafina Desiree' sangat suka akan Camorang. Katanya, comel.
Camorang memang teramat comel, sebab itu harganya sangat mahal dan hanya mampu dimiliki
oleh golongan atasan, orang kaya, dan terutamanya, ahli politik.
Tiada orang biasa yang memiliki camorang, seakan terdapat peraturan tidak
bertulis yang telah dipersetujui "Hanya ahli politik dibenarkan membela camorang."

Mujurlah, aku ini ahli politik, biarpun hanya sebagai setiausaha sulit 1 seorang menteri.
Kadangkala, untuk menghilangkan letih setelah berkerja, aku pergi ke laman rumah.
bermain dengan camorang. Memang hilang lelah, seronok.

"Camorang! kejar!" jeritku sambil membaling seketul tulang mainan.
lalu camorang yang mudah menurut perintah pun mengejar. Tapi, aku terkejut bukan kepalang.
Kerana camorang ketika itu memakai baju dan seluar aku(dihias dafina mungkin).
berlari dengan dua kakinya.
ah, apa pula orang kata kalau ternampak?

 Tapi, takkan ada orang boleh nampak. Rumah aku ni pagar 13.5 kaki tingginya.

Kulihat, camorang gembira sungguh dapat memakai pakaianku.

Wajah berseri-seri banding kebiasaan. Teringin aku nak bawa dia pergi berjalan-jalan di taman (tentu sahaja setelah kupinta Dafina menanggalkan kembali pakaianku di badannya).

 *     *     *     *     * 

Tika di luar, semuanya baik sahaja. Camorang jinak dan diikat dengan tali pula.

Tapi, camorang bertukar menjadi anjing ganas bila ternampak orang di taman.

Tidak lagi berjalan dengan dua kaki. Apakah?

Aku pelik, Dafina pelik. Habis semua orang dimarahinya (dengan menggunakan bahasa anjing).

Dikejarnya remaja-remaja yang sedang bercumbu di taman (bahaya video 3G kata Camorang), berpeleseran (tak manis dipandang), perempuan-perempuan tidak bertudung (pakai, tapi berjambul), perempit (mat belia) dan lain-lain.

Tapi perbuatan Camorang salah, biarlah mereka, itu hak mereka. Kebebasan bersuara.

Kawan-kawan bos aku ada juga begitu, anaknya begitu, tapi aku tak pernah marah (dengan menggunakan bahasa anjing). Kenapa Camorang pula lebih-lebih?


Aku tarik Camorang sekuat hati. Hati aku memang kuat, keras.

Degil Camorang makin menjadi. Menyondol-nyondol.

Hampir sahaja bertukar menjadi babi. Namun aku lega. Semuanya pulih, hanya dan hanya bila, kami sampai di rumah dan pintu pagar 13.5 kaki ditutup. Camorang bertukar kembali.

Comel. Molek. Cantik. Berjalan dengan dua kaki.

Lantas aku memeluk Camorang puas-puas. Mana taknya, risau benar.

Aku sayang Camorang!


bersambung....

0 Komen: