Kaherah, Mesir- Pada 22-9-2009, telah diadakan Mesyuarat Pertama Pergim-AQM di Markaz AQM Hayyu Asyir. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Tn.Hj Shirajuddin Bin Sirat (Wakil AQM Malysia merangkap Pendaftar AQM), Ust Syed Fuad Bin Syed Othman (Wakil AQM Mesir) dan semua ahli PERGIM yang terdiri daripada kumpulan pertama pelajar-pelajar pergigian Al-Azhar- AQM (12 ikhwah dan 28 akhawat).
Majlis tersebut telah dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis, ucapan Ust Syed Fuad Bin Syed Othman, ucapan Tn.Hj Shirajuddin Bin Sirat dan sesi ta'aruf oelh semua ahli PERGIM.
Agenda utama dalam mesyuarat tersebut adalah pelancaran penubuhan PERGIM secara rasmi dan penyelarasan struktur organisasi PERGIM. Selain daripada itu, pengenalan, objektif, visi, misi dan motto PERGIM telah dibentangkan oleh saudara Muhammad Iqbal Bin Arifin (Pengerusi PERGIM) dan telah dipersetujui oleh semua pihak. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.
0 Komen:
Catat Ulasan