www.iluvislam.com
dihantar oleh: faka91
Editor: ar-ruhul JADEED
Namun PERSOALANNYA IALAH BAGAIMANA MEREKA (Mark Hughes dan pemilik City, Syeikh Mansour bin Zayed Al Nahyan) MASIH MAMPU MELETAKKAN HARGA YANG AMAT TINGGI UNTUK MEMBELI KAKA, SEDANGKAN EKONOMI DUNIA KINI SEDANG MENGALAMI KEMEROSOTAN? ADAKAH MEMBELI MANUSIA YANG SEPERTI KAKA INI LEBIH BERNILAI DARIPADA MENYELAMATKAN MANUSIA TERUTAMANYA RAKYAT PALESTIN? (sedangkan pemilik City ini orang Islam)
Berapa harga diri kita sebenarnya? Jika kita melihat manusia yang berbakat dan hebat seperti Kaka dan Robinho, harga dirinya amatlah tinggi. Sebaliknya, jika kita melihat hamba Allah seperti pelacur, GRO dan sebagainya yang sanggup menjualkan tubuh badan mereka, harga diri mereka rendah. Sebenarnya, harga diri kita 'priceless' di antara kita sebagai manusia kerana kita semua adalah sama dan tiada bezanya, namun kitalah yang menentukan harga diri kita. Sebagai contohnya, harga sebiji epal yang elok berbeza harganya dengan 100 biji epal yang elok. Sebaliknya, di hadapan Tuhan yang Maha Esa itu, kita hanyalah sekadar hamba hina yang sentiasa alpa dan lalai kepada-NYA.(manusia=al-insan=an-nas=amnesia=pelupa)
Namun, manusia kini ber'tuhan'kan wang, ber'iman'kan kuasa, dan tergelincir serta menjadi golongan yang sanggup mencampakkan harga dirinya ke lembah yang hina, mengutamakan wang dan kuasa dalam isi hati mereka. Memang patut surah Al-Fatihah menjadi surah yang wajib dibaca dalam solat (paling minimum kita baca sehari ialah 17 kali). Pendek tetapi bernas dan sungguh padat. Surah yang sepatutnya menjadi tazkirah (peringatan)dan doa yang secara tidak langsung kepada diri kita yang pelupa.
Adakah duit menjadi ukuran dan kuasa menjadi rebutan? Sedangkan Khalifah Umar Abdul Aziz teramat sedih apabila beliau dilantik menjadi khalifah pada zaman Umaiyyah, mengapa kita menjadi gila pangkat (GIPANG)? Sedangkan Abdul Rahman bin Auf yang merupakan jutawan yang amat kaya-raya itu sanggup mendermakan keseluruhan hartanya untuk Islam, mengapa kita menjadi tamak ringgit (TARING)? Tamak akan kuasa dan gila pangkat, adalah tanda-tanda kiamat nak dekat.
P/S: Kenapalah manusia mengejar duniawi tapi tidak mahu menukar akhlak? kenapalah manusia melihat tersurat tapi buta yang tersirat?
0 Komen:
Catat Ulasan